"Ayaaahhh! nak ikutt ayahhh".
Pagi ini buat kali pertama teriak kakcik mengejutkan Pakcik Guard yang sedang mengelamun. Kakngah memujuk kakcik pergi ke kelas. Kakcik meronta-ronta melepaskan tangannya.
"aayaaahhh"
Masih terngiang-ngiang lagi suara Kakcik memanggil di depan pagar sekolah tadi. Menitis air mata kejantanan aku. Entah kenapa aku begini. Pagi ini tak macam pagi semalam. Semalam dia bangun dengan air mata tak mahu kesekolah. Pagi ini dia bangun dengan senyuman terus mencium adik Amani. Bila ditanya ke sekolah, dia mengangguk sambil tersenyum. Ketawa riang mandi bersama Kakteh. Suara gelak ketawanya memecahkan hening subuh walaupun dia tidak sedar baju sekolahnya hari ini adalah baju Kakngah.
"ayahhh ahh. Beg Kakcik takde. Kakcik nak beg baru". mintanya manja pada aku setelah siap memakai baju.
"Ok. Tapi tunggu ayah gaji yer". Balasku
"Yeaa. Ibuuu ayah kata boleh beli beg baru". jeritnya sambil belari mendapatkan ibu.
Sampai di situ sahaja gelak ketawanya. Sapai di situ sahaja senyumannya. Sampai di situ sahaja suasana kecerahan paginya. Sedang Abang dan Kakngah masuk ke dalam kereta, dia masih di pintu. Sedang aku menghidupkan enjin kereta, dia masih lagi di muka pintu. Aku melihat ibunya kelam-kabut mencarikan beg lain untuk Kakcik. Air mata sudah mengalir.
"Nakk beggg". Tangisnya mendayu.
Tiba-tiba kesabaranku hilang entah kemana. Dirasuk hantu dikuasai syaitan. Aku capai hanger baju dan kulibaskan di peha Kakcik. Aku menjerit mengarahkannya masuk ke kereta. tidah habis di situ. Di dalam kereta aku 'menyerangnya' lagi. Aku tepuk-tepuk bahunya, aku cubit2 pipinya untuk memahamkanya yang tiada kedai beg yang buka pagi-pagi ini.
Kakcik diam jer. Mengerekot di kerusi belakang. Kasut sekolah tidak disentuh. Memejam mata memekakkan telinga. Aku paksakan diri turun kereta dan membuka pintu untuk Kakcik. Kasut sekolah dibiarkannya. Terus sahaja menyarung selipar dan melompat turun dari kereta tanpa sepatah perkataan pun yang keluar dari mulutnya. Apabilla pintu kereta ditutup, tangannya menggenggam erat lenganku. Aku seperti mendapat isyarat supaya menghantarnya ke kelas. sepanjang jalan ke pagar sekolah, Kakcik memeluk pinggangku seperti tak mahu dilepaskan.
Sampai di pagar sekolah Kakcik mula menangis.
"Ok ayah hantar yer. Tapi tunggu sekejap ayah nak ambil kunci kereta." pujukku lembut.
Sepeningggalan aku ke kereta, rupanya pakcik Guard dah pun 'memujuk' Kakcik dan mengarahkan Kakngah menghantar ke kelas. Pakcik Guard memberi isyarat padaku supya beredar.
Pastinya luluh lagi hati Kakcik. Ayah dah janji nak hantar ke kelas pun ayah tidak tepati. Macam mana ayah nak lunaskan janji beli beg petang nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan