Khamis, Julai 09, 2009

Sperma sekilo!



Apa sudah jadi?

Teknologi baru dalam dunia sains?

Atau kajian yang melampaui Fitrah semulajadi?

NEWCASTLE - Sekumpulan saintis dari Universiti Newcastle dan Institut Sel Stem Timur Laut England (NESCI) berjaya mencipta sperma manusia di dalam makmal iaitu yang pertama seumpamanya di dunia, lapor beberapa akhbar di Britain semalam.

Penemuan itu diyakini dapat membantu lelaki tidak subur untuk memperoleh anak.
Kejayaan yang mengagumkan itu disiarkan dalam jurnal Stem Cells and Development sebelum dilaporkan oleh kebanyakan akhbar.

Ketua projek, Profesor Dr. Karim Nayernia mencipta satu campuran bahan kimia dan vitamin yang menukarkan sel stem menjadi sperma.

Sel stem merupakan sel yang amat bernilai dan terpenting dalam badan bayi dengan fungsinya merangsang pembentukan sel-sel lain seperti sel darah merah (mengangkut oksigen), sel darah putih (melawan jangkitan) dan platelet (membantu dalam pembekuan darah). - Agensi


Isnin, Julai 06, 2009

Alonso, Liverpool & Real Madrid





LONDON - Liverpool akhirnya mengalah dan menjelaskan mereka tidak keberatan untuk menjual bintang tengah, Xabi Alonso ke Real Madrid. Namun, keputusan Liverpool adalah bersyarat iaitu Real perlu membayar sejumlah wang yang besar dengan tambahan penyerang, Alvaro Negredo.
"Kami memang tidak keberatan untuk melepaskan Alonso kerana dia sendiri sudah tidak menunjukkan komitmen kepada kelab ini," ujar pengurus Liverpool, Rafael Benitez kepada Daily Mirror. "Begitupun, kami hanya akan melepaskannya jika Real sedia membayar jumlah yang kami inginkan."

Hakikatnya, Benitez dan bekas kelab Alonso, Real Socided masih terikat dengan perjanjian. Di bawah perjanjian itu, apabila Liverpool menjual Alonso maka Sociedad juga akan mendapat sebahagian daripada hasilnya. Sementara itu, Real sendiri dipercayai sedia mengemukakan tawaran rasmi dalam beberapa hari ini dengan jumlah £32 juta (RM184 juta).
Namun, Benitez bakal mendesak Real agar memasukkan nama Negredo dalam pakej tawaran mereka sebelum mahu melepaskan Alonso. "Saya mahukan Negredo kerana dia adalah pemain yang sesuai untuk bergandingan bersama Fernando Torres," jelas Benitez yang sedia membeli pemain Olympique Marseille, Lorik Cana untuk mengisi tempat Alonso di Anfield. - Agensi

Bangga beli Newcastle

Oleh ZULKIFLI MANZORzulkifli.manzor@kosmo.com.my

MALAYSIA akan berbangga sekiranya individu kedua terkaya di Malaysia, Tan Sri T. Ananda Krishnan (gambar kecil) membeli kelab bola sepak England, Newcastle United.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, jika itu berlaku, ia adalah yang pertama seumpamanya dilakukan oleh rakyat negara ini. “Kita sebagai rakyat Malaysia harus berbangga kerana ada di kalangan rakyat negara ini mampu terlibat dalam satu urus niaga yang besar seperti ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pertandingan Pasukan Sorak 2009 di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam.
Ahmad Shabery berkata, beliau berharap jika perkara tersebut berlaku, ia akan memberi impak yang besar kepada bola sepak tanah air. Selain itu, katanya, langkah itu wajar dianggap sebagai satu pemangkin ke arah menjadikan sukan bola sepak tanah air sebagai satu industri.

Akhbar tempatan kelmarin melaporkan, individu kedua terkaya di Malaysia itu disebut-sebut sebagai prospek utama untuk menjadi penyelamat kepada kelab bola sepak England, Newcastle United. Akhbar Britain, The Sun melaporkan perjanjian bernilai 95 juta pound (RM547 juta) meletakkan taikun media dan telekomunikasi Malaysia itu dalam senarai teratas prospek untuk mengambil alih kelab The Magpies itu. Ananda dilaporkan menjadi calon pilihan selepas mengadakan pertemuan dengan pemilik kelab, Mike Ashley dan pengarah urusan mereka, Derek Llambias di London baru-baru ini. Menurut akhbar itu lagi, hartawan dari Malaysia itu bersetuju membeli kelab berkenaan dengan harga 40 juta pound (RM230.3 juta) lebih rendah daripada harga asalnya, 135 juta pound (RM752 juta) ketika ia dibeli oleh Ashley pada 2006.