
LONDON - Liverpool akhirnya mengalah dan menjelaskan mereka tidak keberatan untuk menjual bintang tengah, Xabi Alonso ke Real Madrid. Namun, keputusan Liverpool adalah bersyarat iaitu Real perlu membayar sejumlah wang yang besar dengan tambahan penyerang, Alvaro Negredo.
"Kami memang tidak keberatan untuk melepaskan Alonso kerana dia sendiri sudah tidak menunjukkan komitmen kepada kelab ini," ujar pengurus Liverpool, Rafael Benitez kepada Daily Mirror. "Begitupun, kami hanya akan melepaskannya jika Real sedia membayar jumlah yang kami inginkan."
Hakikatnya, Benitez dan bekas kelab Alonso, Real Socided masih terikat dengan perjanjian. Di bawah perjanjian itu, apabila Liverpool menjual Alonso maka Sociedad juga akan mendapat sebahagian daripada hasilnya. Sementara itu, Real sendiri dipercayai sedia mengemukakan tawaran rasmi dalam beberapa hari ini dengan jumlah £32 juta (RM184 juta).
Namun, Benitez bakal mendesak Real agar memasukkan nama Negredo dalam pakej tawaran mereka sebelum mahu melepaskan Alonso. "Saya mahukan Negredo kerana dia adalah pemain yang sesuai untuk bergandingan bersama Fernando Torres," jelas Benitez yang sedia membeli pemain Olympique Marseille, Lorik Cana untuk mengisi tempat Alonso di Anfield. - Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan